* Merupakan webucation pertama di Malaysia
* 9 tahun peneraju Portal Pendidikan
* 300,000 pelajar sedang menggunakannya dan kian bertambah
* Kaedah pembelajaran 'Output' yang terunggul
* Disokong oleh 'Majlis Permuafakatan PIBG Nasional'...!

...........................................................................................................

APAKAH 'INPUT' & 'OUTPUT LEARNING'?
Sebagai ibubapa yang perihatin, anda seharusnya tahu apakah
'input & output learning'.


Input Learning adalah setiap pelajaran yang diterima. Sebagai contoh, anak anda belajar subjek Sains di dalam kelas; setiap apa yang di dengar, baca, tulis dan hafal adalah merupakan input.

Output Learning secara mudahnya, anak mengaplikasikan maklumat dan pengetahuan dalam penyelesaian masalah. Contoh mudah adalah dalam menjawab soalan peperiksaan.

CUBALAH SCORE A HARI INI !!!
masukkan Demo ID : 82828

Lihat Produk

::::::::::::: CIRI-CIRI UNIK SCORE A :::::::::::::
eTopic
* Terdapat 3 set soalan sebagai pilihan
* Soalan berdasarkan topik/bab mengikut subjek


eAssessment
* Dibina bercorakkan 'Games'
* 3 tahap iaitu 'Easy', 'Medium' dan 'Hard'
* Perlu mendapatkan 80% ke atas untuk melepasi setiap tahap
* Soalan berdasarkan subjek yang dipelajari


eTrial Exam
* Set-set soalan percubaan
* Mirip soalan peperiksaan sebenar


ePast Year Exam
* Set-set soalan sebenar peperiksaan UPSR dan PMR dari tahun 1993 hingga kini


LAGI KEHEBATAN SCORE A !

SMS Report Card


Report Card secara 'Real Time' melalui SMS akan dihantar kepada ibubapa di mana saja berada

eReport Card


Lebih mudah untuk memantau prestasi pelajar

Instant Marking


Jawapan ditandakan secara automatik oleh sistem dengan segera. Lebih menarik, jawapan yang ditanda akan beserta suara kata-kata perangsang dan membina. Lihat Demo Online

eNotes


Koleksi nota-nota komprehensif berkonsepkan peta minda, mengikut sukatan pelajaran daripada Kementerian Pelajaran.

eDictionary


Cuma 'double click' pada perkataan yang ingin diterjemahkan

Lihat Demo Online. Masukkan Demo ID: 82828
Lihat Testimoni Pelajar klik di sini
Rujukan : www.scorea.com

Lihat Video:

PROMOSI TUISYEN PERCUMA SETIAP BULAN!!!
Pendaftaran Dibuka Sekarang
2009/2010
( Tahun 1 - Tingkatan 5 )

Latih Tubi Soalan - Soalan Spot Sekolah Bestari
Latih Tubi Soalan - Soalan Tahun-tahun Lepas
Terdapat Bimbingan Tutor
Terdapat sejumlah 300,000 Item Soalan
Sesi Pembelajaran Secara 'Out-put' (Latih Tubi)

HOTLINE: 013-2589825 / 09-3562604

YURAN BULANAN RM40.00 / PERCUMA (*Bersyarat)
untuk semua mata pelajaran
3 kali seminggu (12 kali sebulan)
Hubungi: 013 258 9825/09 356 2604

*PAKEJ LANGGANAN PERCUMA*
Cuma perkenalkan program HEBAT ini kepada keluarga lain!

For FREE demo please log on:
www.scorea.com
Demo ID: 82828

( Taklimat PERCUMA )

Lokasi Kami

Jadilah Usahawan eLearning


Ketika anak anda sedang menggunakan Score A Programme, dalam masa yang sama anda berpeluang menjadi pengedar yang sudah pastinya akan menerima begitu banyak kelebihan seperti menggunakan program scara percuma untuk anak, dan yang lebih menariknya anda bakal memperolehi pendapatan yang sangat lumayan melalui rangkaian yang tidak akan dapat anda bayangkan!. Inilah kuasa web apabila digabungkan dengan pendidikan, maka inilah 'webucation'.

~ Anak SCORE A, Ibubapa SCORE RM ~
Jadilah Usahawan e-Learning Sekarang!

>> Daftar Sekarang! <<

Now ! Everyone Can Score
__________________________________________________
KENSHIDO INTERNATIONAL
Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3, Jalan PJU 5/6,
Dataran Sunway PJU 5, 47810 Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor, MALAYSIA.

Tel: 603 6141 8286 (Hunting Lines)
Fax: 603 6141 8126 / 8136
email: enquiries@kenshido.com

10 PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Intelek Anak-anak

Faktor Baka

Baka merupakan salah satu factor yang mudah untuk kita melihat tahap inteleks kanak-kanak. Misalnya ibubapa yang berasal dari keluarga yang daya intelektualnya tinggi akan menurun pada anaknya. Tapi factor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka.

Faktor Kesihatan

Kesihatan penting bagi seseorang kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan intelektualnya. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak akan murung dan tidak cergas. Kesihatan penting untuk merangsang otaknya, ke arah pemikiran yang mantap dan cepat mempelajari apa yang diajarkan kepada anak.

Faktor Pemakanan

Makanan yang baik untuk anak-anak yang sedang sedang membesar ialah makanan yang mengandungi zat dan vitamin. Anak-anak juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pemakanan yang seimbang dapat mengawal pertumbuhan otak yang cergas dan sihat. Sebagai seoarang muslim, ibubapa mestilah sedaya upaya memastikan setiap yang masuk kemulut anak-anak mestilah dijamin halalnya.

Sikap Ibubapa

Jelas di sini persekitaran memainkan peranan dalam meningkatnya prestasi seseorang kanak-kanak. Persekitaran yang baik di sini ialah wujudnya tempat belajar yang selesa, situasi keluarga yang harmoni dan masyarakat sekeliling anak-anak yang baik.

Kaedah Pembelajaran

Ibubapa mengaturkan satu keadaan yang tetap untuk anak-anak belajar dengan betul, bermain dan berolahraga, bermain, rehat dan hiburan yang cukup untuk anak-anak . Aturan ini akan mengelakkan anak-anak menjadi dari menjadi bosan dan terkongkong.

Galakan dan Minat

Galakan yang kuat datangnya dari ibubapa di samping minat yang timbul dengan sendiri dari anak-anak itu, tumpuan sepenuhnya akan dapat diberikan kepada rangsangan-rangsangan tertentu. Minat merupakan perhatian yang berterusan dan cenderung untuk melakukannya terhadap pelajaran, ibubapa tidak akan menghadapi masalah yang berat dan rumit.

Petikan Berita Harian

Melayu Terus Ketinggalan Jika Ketepikan Pendidikan

MUAR: Ibu bapa perlu meningkatkan kesedaran anak masing-masing mengenai kepentingan pendidikan bagi memastikan generasi muda Melayu mampu bersaing dengan kaum lain yang lebih maju dalam
pengetahuan dan kerjaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Datuk Dr Haris Salleh, berkata negara menuju ke arah maju pada 2020 serta memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam semua bidang.

Katanya, tanpa pendidikan, latihan dan kemahiran boleh menyebabkan generasi muda Melayu tidak dapat mengejar kejayaan dan ketinggalan menikmati pembangunan arus perdana.

"Kerajaan menyediakan pelbagai peluang pendidikan termasuk kemudahan asas dan logistik selain bangunan pusat pendidikan yang lengkap dengan pelbagai peralatan canggih dan moden.

"Ini semua bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pelajaran dan menimba ilmu mengikut sistem pendidikan yang disediakan," katanya pada pelancaran Program Interaktif Melalui Internet (Portal Score A), Parlimen Bakri, di sini, kelmarin.

Majlis anjuran bersama Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) Parlimen Bakri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Syarikat Score A, Kenshido International Sdn Bhd (KISB), diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Jeram, Bakri.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri, Mohd Hatta Md Noor, Pengerusi Biro Gerak Ilmu Belia 4B negeri, Abdul Rezam Mohd Akhir, Pengurus KISB, Romeyzee Zainuddin dan guru besar SK
Simpang Jeram, Asidah Talib.

Dr Haris berkata, program interaktif melalui internet memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan secara efektif dan mendapat A dalam semua mata pelajaran.

"Melalui program itu juga dapat memberi kefahaman lebih meluas kepada pelajar sekali gus mengurangkan kebimbangan untuk menghadapi peperiksaan.

"Maklumat yang diperoleh melalui internet juga dapat menambah keyakinan pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan betul serta menjamin memperoleh keputusan A dalam semua subjek." katanya.

Kira-kira 200 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Menengah (PMR) dalam kawasan Parlimen Bakri menyertai program berkenaan.

Mereka adalah murid darjah enam dan pelajar tahun tiga membabitkan empat sekolah menengah kebangsaan (SMK) dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Sempena program itu, setiap pelajar menerima kad pintar bernilai RM200 tiap seorang sumbangan Belia 4B Parlimen Bakri.